Mengenai Kota Mahsuri

Kota Mahsuri @ Makam Mahsuri

Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

TEATER LEGENDA MAHSURI

Pekan Seni DI KOTA MAHSURI

MULAI 26 November 2016

SETIAP: SABTU-AHAD-ISNIN-RABU& KHAMIS

JAM    : 11.00 PAGI HINGGA 12.30 PTG

: 03.00 PTG  HINGGA 05.00 PTG

 

SETIAP: JUMAAT

JAM    : 03.00 PTG HINGGA 05.00 PTG

JUMAAT DAN SABTU PERSEMBAHAN PENUH

SISIPAN WASIAT

Kata Siti

Tanah ini sekangkang kera

Buat anak-anak dihari muka

Nilai seharga nyawanya

bersih seputih darahnya

Badai semalam bawa padah

Air gunung mencurah limpah

Membawa lumpur bersama darah

MUARA TERHALANG

PEDOMANAN HILANG

JURAGAN MERINTIH

DAGANGAN BERKALIH

Wasiat Siti

Namun bisa keris sakti

Mampu mencerai badan dan nyawa

Aku telah menyemai budi

Mampu gamati tamu seantero dunia

Tanpa bulu dan warna

Budi tunggak utama

 

Dikala itu

RUMPUT RAMPAI PENGHIAS KOTA

DEBU PASIR DIKIRA PERMATA

 

Ismail Hanapaih

Padang Saga, Langkawi

SISIPAN SUMPAH MAHSURI

Mahsuri yang dihukum bunuh kerana dikata berangkara dengan seorang seniman jalanan dari Batu Bahara sebelum menghembus nafasnya yang akhir telah menyumpah: PULAU LANGKAWI TIDAK AMAN SEHINGGA TUJUH KETURUNAN, MENJADI PADANG JARAK PADANG TERKUKUR. Kerananya Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus selama beberapa dekad. Tujuh keturunan baik dari keturunan pemerintah negeri Kedah, maksudnya dikira dari sultan yang bersemayam takhta Negeri Kedah Darul Aman ketika itu, mahupun dikira dari susur galur generasi Mahsuri, mulai dari anaknya Wan Hakim, dikatakan sudah pun berakhir.

Bertitik darah dipasir

Sepulau didakap gelisah

Penghuni dirundung duka

Tujuh keturunan berakhir

Sepulau bertukar wajah

Rakyat suka berpesta  

 

BERAKHIR sumpahan atau kerana kebetulan tercapainya kemerdekaan memberi erti besar sebagai permulaan langkah yang baik untuk pembangunan Pulau Langkawi.

 

Pengisyhtiharan Pulau Langkawi sebagai Pelabuhan Bebas Cukai  pada 1hb Januari 1987 menjadi pembuka tirai kepada Pulau Langkawi menuju era pembangunan. Tertubuhnya Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai penggerak perubahan minda rakyat mencapai kehidupan yang lebih terserlah menuju wawasan 2020 meninggal tempoh kemelut kemelesetan akibat penyeranahan sumpah Keramat Mahsuri.

Ismail Hanapiah

Galeri Kota Mahsuri

PEMBERITAHUAN

KENAIKAN HARGA TIKET MASUK KE KOTA MAHSURI

Adalah dimaklumkan pihak pengurusan KOTA MAHSURI akan menaikan harga tiket mulai

1hb JULAI 2016.

Harga tiket adalah seperti berikut:

PELAWAT DALAM NEGARA ( PEMEGANG MY KAD)

DEWASA RM 12.00

KANAK-KANAK RM6.00

PELAWAT LUAR NEGARA

DEWASA RM 17.00

KANAK-KANAK RM 7.00

Lokasi Kota Mahsuri

Aktiviti Terkini

EMAS SADURAN
KAMPUNG KEDAH