Bersama Bermain Seada Di Padang Kita

Nature_Fields_Green_field_under_blue_sky_016242_

Semalamannya jua
langit mendung kilat menyabung
hujan rintik laju mencurah
sungai cetek air melimpah
masakan dapat disanggah
SURATAN DAN KEESAAN, DUGAAN DAN KESABARAN

Pagi besok jengah mentari, serata ceruk terang berseri
suka seronok sekelian penghuni nelayan dan petani.

Anda,
dimercu menara, turun tiba-tiba.
bersama kita dipadang rata
bersuara lantang seru bersahaja
bangun berjuang demi bangsa
Sepatah pesanan,
SALAH PERHITUNGAN SESAL BERPANJANGAN,
RUGI BERTERUSAN

Ismail Hanapiah
Padang Saga. Langkawi

admin