MALIM GUNUNG

12-kontur-puncak-mahameru

Memuncak tinggi Mahameru
tegak berdiri mencapai awan biru
pepohon merimbun, menghijau dedaun.
Bunga-bunga kembang menguntum
anugerah yang Esa, rahmat buat semua penghuni dunia

Perjalanan masa sedetik cuma
MAMPU MELEBUR SEGALA
dan bila gunung tegak gagah
bertukar arah, wajah marah kemudian muntah.
Menyungai lumpur, berbaur bersama api yang subur.

Sudahnya,
hilang keserian Mahameru, tidak membiru seperti selalu
MALIM menumpang dagu kaku dan lesu
bingung mata digunung
terbayangkan isteri resah menanti
anak dipangkuan tagihan susu menanggis sendu
airmata berderai laju
PUNAH KANTONG TEMPAT BERGANTUNG

Besok, lusa dan hari-hari seterusnya…
bersama hujan mencurah lebat
bantuan melimpah padat,
SARAT…..SARAT…..SARAT….

Dalam ramai penghuni negeri tidak berubah
PERENCANAAN membuah,
KECELAKAAN MEMBAWA TUAH.

Susulan gegaran tanpa amaran
kita dikejutkan adanya perjumpaan
peserta keluar lari bertempiaran
HAJI LEBAI BAWA PEDAI
baru caaaii
perencanaan lagi meluah
kecelakaan melebar kisah.

Pantun Orang Ulu:
Tinggi menjulang gunung berapi
panas membahang selaut benua
arah selatan mendung berarak
Cinta terhalang jangan gagahi
bawa bertandang hati yang lara
bunga ditaman lagikan banyak.

Ismail Hanapiah
Langkawi

admin