Pesanan BERHARGA

piromani-izveli-stoku-pa-zapalili-stalu-i-obor-

 

DIAKUI,
dulu dan kini
fahami isi segala tersaji
tapinya T !

Kita ini,
orang kecil dilembah tohor
tercampak jauh disebalik pagar
guna apanya masuk campur
siapa orang mahu mendengar

Tapi membanggakan,
bersama obor kamu kembali
terang gemerlapan sinarnya anggun
heboh tersohor seluruh negeri
bawa kesedaran minta bangun

Dari terus ketiduran panjang
melangkau hari kian petang
Bimbang….
Hidup akan punah
Jika terusan lupa dalam jaga TIADA NOKTAH.
Bangun ! kata T
bersuara terang lebih garang
Ismail Hanapiah
Padang Saga. Langkawi

admin