Lembah TOHOR

20130319-070322

Aku di sini,

Bermula dengan tiang sebatang

Tegaknya terumbang, Pagi bawa ke petang

Kini berbumbung menjadi tempat berlindung

Hasilan keringat

Buat semangat, kenangan zuriat.

 

Tangan kotor

Di lembah Tohor

Memegang obor

TEGAK BERDIRI, SEDANG MENARI, BERSAMA API.

 

Di sebalik noktah, isyarat terserlah:

Bergaya! Bersahaja! Maunya apa? Sham!

Sepekan perjalanan, mencari pengalaman.

Sumpah tidak betah,

Menilai pada kulit

Percaya………

Di atas kepercayaan orang

Hilang  tanah sekangkang, Padang Bulang.

Dalam memilih, tidak pada hati tapinya pada diri,

Di situnya silap, lalu terperangkap

HARAPKAN WALI KETEMUAN BABI

 

Awang Gondang

admin