EMAS SADURAN

gold

 

ZA bertindak selaras arahan dan ini baik untuk pengurusan KM, setidak kami terelak dari terusan dibuai khayalan yang panjang.

SK kemungkinannya cuba menyedarkan kamu, bahawa di sini rumput rampai bermata rantai .

Pepohon rendang, dedaun bertelinga, bungaan bermata.

Perbuatan menikam rakan / sahabat yang ketiduran lena pada lubang sama lebih dari sekali tidak sepatutnya berlaku lagi.

 

Pada KENYATAAN keduanya iaitu ZA dan SK adalah benar, saya orang paling beruntungan kerana dapat menciumi PEMBOHONGAN dan kebusukan ditengah longgokan botol-botol pewangi label merah, jenama GAH.

 

Seorang yang menjadikan EMAS sebagai simbol diri, perlu menjaga mutunya agar terpelihara baik selama hari, dikhuatiri akan HILANG SEPUH NAMPAK SENAMNYA.

Terlalu besar dosa orang yang diberi kepercayaan kemudian mengkhianatinya.

 

BUKU-BUKU itu dan kandungan KECICIRAN jatuh dan semakin menjauh. PENA tertanya silapnya dimana atau angkara siapa diantara kita (SAYA, KAMU, KERTAS atau MESIN CETAK yang sememangnya TIDAK NAMPAK, PEKAK BADAK).

 

Surat / sekelumit puisi buat PELARI YANG LARI.

Dari pelayar kecundang, mencari dimana pedoman yang hilang, dahan berpaut sedang air telah pun bergerak surut.

 

 Awang Gondang

admin