Coretan Pena

EMAS SADURAN

  ZA bertindak selaras arahan dan ini baik untuk pengurusan KM, setidak kami terelak dari terusan dibuai khayalan yang panjang. SK kemungkinannya cuba menyedarkan kamu, bahawa di sini rumput rampai bermata rantai . Pepohon rendang, dedaun bertelinga, bungaan bermata. Perbuatan menikam rakan / sahabat yang ketiduran lena pada lubang sama lebih dari sekali tidak sepatutnya […]

Lembah TOHOR

Aku di sini, Bermula dengan tiang sebatang Tegaknya terumbang, Pagi bawa ke petang Kini berbumbung menjadi tempat berlindung Hasilan keringat Buat semangat, kenangan zuriat.   Tangan kotor Di lembah Tohor Memegang obor TEGAK BERDIRI, SEDANG MENARI, BERSAMA API.   Di sebalik noktah, isyarat terserlah: Bergaya! Bersahaja! Maunya apa? Sham! Sepekan perjalanan, mencari pengalaman. Sumpah tidak betah, […]

Pesanan BERHARGA

  DIAKUI, dulu dan kini fahami isi segala tersaji tapinya T ! Kita ini, orang kecil dilembah tohor tercampak jauh disebalik pagar guna apanya masuk campur siapa orang mahu mendengar Tapi membanggakan, bersama obor kamu kembali terang gemerlapan sinarnya anggun heboh tersohor seluruh negeri bawa kesedaran minta bangun Dari terus ketiduran panjang melangkau hari kian […]

MALIM GUNUNG

Memuncak tinggi Mahameru tegak berdiri mencapai awan biru pepohon merimbun, menghijau dedaun. Bunga-bunga kembang menguntum anugerah yang Esa, rahmat buat semua penghuni dunia Perjalanan masa sedetik cuma MAMPU MELEBUR SEGALA dan bila gunung tegak gagah bertukar arah, wajah marah kemudian muntah. Menyungai lumpur, berbaur bersama api yang subur. Sudahnya, hilang keserian Mahameru, tidak membiru seperti […]

Bersama Bermain Seada Di Padang Kita

Semalamannya jua langit mendung kilat menyabung hujan rintik laju mencurah sungai cetek air melimpah masakan dapat disanggah SURATAN DAN KEESAAN, DUGAAN DAN KESABARAN Pagi besok jengah mentari, serata ceruk terang berseri suka seronok sekelian penghuni nelayan dan petani. Anda, dimercu menara, turun tiba-tiba. bersama kita dipadang rata bersuara lantang seru bersahaja bangun berjuang demi bangsa Sepatah […]