Promosi Kami

Seri PELAMIN

Dirumah Indera Mambang Segara, terdapat satu ruang dikenali SERI PELAMIN, lengkap dengan segala hiasan.

Kegunaannya menjadi tempat memperaga pasangan mempelai. Segala upacara berkaitan adat dan budaya seperti antaranya perarakan akan dipertonton kepada khalayak pelancong tempatan dan luar.

Jumpa kita setiap hari sabtu dan ahad jam 2.00 petang sampai 4.30 petang

KAMPUNG KEDAH dengan segala aktiviti menjanjikan santai sambil berjamu selera, berhibur. Selepas jam 3.00 petang memasuki Panggung Mek Mulong bagi menonton PANTODRA (teater Legenda Mahsuri)

TIADA SEMPURNA

Berada di Pulau Langkawi tanpa ke Kota Mahsuri (KM).

WARGA KM

DENGAN SEGALA HORMAT

MENGALU TAMU JAUH DAN DEKAT

DARI TIMUR MAUPUN BARAT

 

Santai DI KAMPUNG KEDAH

Jam 2.00 sampai 4.30 petang, setiap hari SABTU dan AHAD

 

Dalam KM terdapat sebuah kawasan diberi nama KAMPUNG KEDAH.

Aktiviti dalamnya pada hari-hari berkenaan:

  • Demontrasi kerja pertanian tradisi seperti menumbuk padi,beras, tepung dll.
  • Demontrasi pembuatan kuih tradisional antaranya kekaras, loyang dan peneram.
  • PENTAS BUDAYA TERBUKA menampil sembahan tradisional,tarian muzik dan nyanyian.
  • Pementasan PANTODRA LEGENDA MAHSURI melalui Panggung Mek Mulong.
  • PELAMIN KITA ( upacara persandingan dan perarakan pengantin)
  • Teratak Indera Mambang menempat peralatan atifak khazanah lama.

 

PERSEMBAHAN PANTODRA LEGENDA MAHSURI KESAN DALAMAN, AKAN MENINGGAL KENANGAN SEPANJANG ZAMAN.